Categories
AGENSI SELANGOR

Dua pusat pemindahan masih dibuka, sembilan keluarga dibenar pulang

SHAH ALAM, 23 NOV: Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kuala Selangor melibatkan 90 mangsa banjir daripada 60 keluarga setakat tengah hari tadi.

Pegawai daerahnya berkata PPS yang beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dengan 52 mangsa daripada 51 keluarga dan SK Ijok dengan 38 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Walaupun banjir semakin surut, kedua-dua pusat pemindahan ini kekal dibuka kerana kita khuatir hujan lebat akan turun malam ini melihat keadaan cuaca semasa,” kata Mohd Faizal Abdul Raji ketika dihubungi.

Beliau menambah pusat pemindahan di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields ditutup sepenuhnya jam 5.15 petang semalam susulan banjir di Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman bertambah baik.

Katanya, seramai 26 mangsa daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing malam tadi.