Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat digit, lapan kematian

SHAH ALAM, 4 NOV: Kes positif Covid-19 hari ini merekodkan penurunan sedikit kepada 1,032 kes berbanding semalam 1,054 menjadikan jumlah keseluruhan 35,425.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 820 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 24,815.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah kekal tertinggi merekodkan Covid-19 apabila 646 kes baharu hari ini atau 49.45 peratus hasil saringan bersasar, sementara Selangor mencatatkan 231 kes, Negeri Sembilan (44), Kedah (25).

Beliau berkata sebanyak lapan kematian disebabkan Covid-19 iaitu tujuh di Sabah dan satu di Perak menjadikan jumlah keseluruhan korban pandemik itu 271.

“Terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 setakat ini adalah 10,339 kes.