Categories
AGENSI SELANGOR

Selangor rekod 1,382 kes Covid-19, lapan kematian

SHAH ALAM, 17 FEB: Kes positif Covid-19 di Selangor  kekal empat digit dengan merekodkan 1,382 kes hari ini berbanding 1,300 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 1,092 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Beliau berkata sebanyak lapan kematian direkodkan untuk negeri itu.

“Sebanyak 709 kes daripada kluster-kluster termasuk 82 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Jalan DC, dan Kluster Jalan Subang.

“Manakala 383 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan290 kes daripada lain-lain saringan,” katanya pada kenyataan media.