Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Selangor rekod lebih 700 kes harian, 500 sembuh

SHAH ALAM, 12 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Selangor merekodkan 751 kes hari ini, meningkat berbanding 712 kes semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat 501 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 105,025 orang.

“Satu kematian dicatatkan, sementara 2,531 kes aktif yang sedang menerima rawatan,” katannya menerusi Facebook.

Sementara itu, ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 134 kes di negeri ini adalah dari kluster sedia ada.

“Sebanyak 560 kes dari saringan kontak rapat dan 57 kes dari lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menambah terdapat tiga kluster baharu iaitu kluster Jalan Tempua, Jalan Industri Dua dan Jalan Kunci Air yang merekodkan 23 kes positif.