Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 1,275 kes

SHAH ALAM, 26 MAC: Kes baharu Covid-19 turun kepada 1,275 kes berbanding 1,360 kes yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 339,443 kes dicatatkan di seluruh negara sejak pandemik menular dan satu lagi kematian.

Jelasnya, Selangor terus mendahului jangkitan harian tertinggi membabitkan 478 kes, diikuti Sarawak (213 kes) dan Pulau Pinang (137 kes).

“Seramai 161 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan.

Berikut status terkini kes Covid-19:

Kes sembuh: 1,509 kes (323,925 kes kumulatif, 95.4%);
• Kes baharu: 1,275 kes (339,443 kes kumulatif);
• Kes import: 32 kes (21 warganegara; 11 bukan warganegara)
• Kes tempatan: 1,243 kes [978 warganegara (78.7%); 265 bukan warganegara (21.3%)];
• Kes aktif: 14,269 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di ICU: 161 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 70 kes; dan
• Kes kematian : 1 kes (1,249 kes kumulatif, 0.37%; 1 warganegara)