Categories
AGENSI SELANGOR

Petaling rekod kes Covid-19 tertinggi, majoriti saringan kontak rapat

SHAH ALAM, 24 MAC: Petaling merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi semalam iaitu 273 kes dengan majoriti hasil saringan kontak rapat.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebanyak 201 kes dikesan di mukim Damansara, Sungai Buloh (36), Petaling (35) dan Bukit Raja (satu),

“Hulu Langat pada kedudukan kedua mencatat 137 kes iaitu 45 kes di mukim Kajang, Cheras (35), Ampang (20), Hulu Langat (enam), Semenyih (satu) dan baki membabitkan kes penjara.

“Kes di daerah lain iaitu Sepang (88), Klang (73), Gombak (18), Kuala Selangor (17), Kuala Langat (12), Hulu Selangor (enam) dan Sabak Bernam (satu),” katanya di Facebook.

Semalam, Selangor merekodkan 678 kes sembuh Covid-19 sekali gus mengatasi jangkitan baharu sebanyak 625 kes.

Keseluruhannya, Malaysia merekodkan 1,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak 335,540.