Categories
AGENSI SELANGOR

PKP: Yayasan Selangor tutup pejabat mulai esok

SHAH ALAM, 31 MEI: Yayasan Selangor akan menutup pejabatnya selama dua minggu bermula esok hingga 14 Jun ini.

Yayasan memaklumkan penutupan itu selaras pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan, semua warga kerja akan melaksanakan bekerja dari rumah,” menurut hebahannya hari ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan pendidikan, orang ramai boleh merujuk Pengarah Kanan Pendidikan Zahura Zakry di talian 019-6459975 atau Pengurus Hal Ehwal Pelajar Rosmaria Hani Maarof (019-3810870).

Maklumat lain boleh dirujuk di laman sesawang rasmiĀ http://www.yayasanselangor.org.my atau pautan http://yayasanselangor.org.my/hubungi-kami/.