Categories
AGENDA NASIONAL

Dua hari kes Covid-19 catat angka 4,000, Selangor kekal lebih 1,000

SHAH ALAM, 22 JUN: Kes baharu Covid-19 merekodkan angka 4,000 dua hari berturut-turut apabila mencatat 4,743 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor kekal merekodkan jangkitan lebih 1,000 dengan 1,566 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan 4,611 kes dan negeri ini mencatat 1,346 kes.

Daripada jumlah itu, jumlah keseluruhan jangkitan wabak di negara meningkat kepada 705,762 kes manakala Selangor dengan 231,047 kes.

Pecahan kes negeri/wilayah lain:

Kuala Lumpur – 635
Negeri Sembilan – 585
Sarawak – 507
Johor – 239
Pulau Pinang – 195
Sabah – 193
Melaka – 167
Kelantan – 165
Kedah – 142
Pahang – 131
Labuan – 104
Perak – 68
Terengganu – 37
Putrajaya – 7
Perlis – 2