Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 naik 597 lagi, catat 5,841 kes

SHAH ALAM, 24 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 naik 597 kes lagi kepada 5,841 kes berbanding semalam.

Angka tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook.

Selain Selangor dengan 2,072 kes, kebanyakan negeri masih merekodkan kes tiga angka seperti Negeri Sembilan 781 kes, Sarawak (581) dan Kuala Lumpur (552).

Johor pula mencatatkan 346 kes, Kedah (271), Melaka (247) dan Labuan (212).

Kes bagi negeri-negeri lain seperti berikut:

Sabah – 203
Kelantan – 135
Pulau Pinang – 108
Pahang – 162
Perak – 120
Terengganu – 29
Putrajaya – 17
Perlis – 5