Categories
GALERI

Petugas kesihatan, memberi suntikan vaksin secara pandu lalu kepada kakitangan SIRIM ketika Program vaksinasi pandu lalu SIRIM bersama Selvax di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam pada 31 Julai 2021. Pemvaksinan secara pandu lalu ini adalah yang pertama menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax) juga bertujuan mempercepatkan proses vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok. Seramai 100 anggota kerja SIRIM hadir bagi mendapatkan dos pertama vaksin Covid – 19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI