Categories
AGENDA NASIONAL

834,000 rakyat Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 24 JULAI: Seramai 834,000 atau 17.56 peratus rakyat Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Berdasarkan perkongsian infografik menerusi Twitter, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan 3.34 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu, seramai 2.5 juta individu atau 52.7 peratus sudah menerima dos pertama suntikan pelalian.

Infografik sama menunjukkan sebanyak 104,563 dos disuntik bawah program Vaksin Selangor (Selvax).

Pada 16 Julai, Amirudin berkata semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Pada 9 Jun, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax bagi melengkapkan dan mempercepat pemberian vaksin rakyat.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti akan memanfaatkan 250,000 penduduk Selangor khususnya warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) membabitkan 500,000 dos.

Program Selvax merupakan pelengkap kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)