Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jangkitan masih paras 9,000, Selangor naik kepada 4,682

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kes baharu Covid-19 catat angka lebih 9,000 tiga hari berturut-turut dengan 9,105 kes hari ini.

Selangor pula mencatat 4,682 kes mengatasi rekod tertinggi yang dicatat pada Jumaat iaitu 4,400 kes.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan di Facebook, Kuala Lumpur mencatat 1,247, Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382) dan Pahang (300).

Tiga negeri yang merekodkan kes bawah 100 ialah Terengganu sebanyak 38 kes, Labuan (54) dan Perlis (satu). Putrajaya catat 49 kes.

Berikut pecahan kes lain-lain negeri yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

Melaka – 278
Sabah – 271
Sarawak – 270
Pulau Pinang – 243
Perak – 207
Kelantan – 150