Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan terus melonjak kepada 13,215 kes, Selangor naik ke paras 6,000

SHAH ALAM, 15 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat lagi kepada 13,215 kes berbanding 11,618 kes semalam, umum ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menunjukkan lonjakan kes di Selangor kepada 6,120 kes berbanding 5,051 kes semalam.

Negeri Sembilan merekodkan jumlah tinggi dengan 1,603 kes, sementara Kuala Lumpur pula 1,499 kes, menurut data di Facebook beliau.

Angka di seluruh negara, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan jumlah kes tertinggi masing-masing.

Begitu juga Kedah dan Pulau Pinang yang merekodkan jumlah tertinggi dengan masing-masing 695 dan 509 kes.

Pada 8 Julai, Dr Noor Hisham menjangka peningkatan jumlah kes di Selangor dan Kuala Lumpur susulan pertambahan saringan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekarang.

Jumlah kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Johor – 599

Sumber Faebook Dr Noor Hisham Abdullah

Melaka – 484

Sabah – 370
Sarawak – 363
Perak – 344

Kelantan – 255
Pahang – 222

Terengganu – 70
WP Putrajaya – 53
WP Labuan – 26

Perlis – 3