Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan di Selangor turun empat hari berturut-turut

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jumlah jangkitan baharu di Selangor menurun empat hari berturut-turut dengan 4,404 kes dicatat hari ini.

Pada Khamis lalu, negeri ini merekodkan angka tertinggi 6,120 kes sewaktu jumlah seluruh negara 13,215 kes.

Namun, berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah jangkitan nasional masih tinggi dengan 10,972 kes.

Jangkitan di Kuala Lumpur juga makin menurun kepada 609 berbanding 945 kes semalam, namun Negeri Sembilan kembali mencatat empat angka iaitu 1,340 kes berbanding 771 kes semalam.

Pecahan kes wabak negeri/wilayah lain:

Johor – 876

Kedah – 705

Sabah – 651

Pahang – 475
Melaka – 474
Pulau Pinang – 426

Perak – 324
Sarawak – 301

Kelantan – 170
Terengganu – 144

WP Putrajaya – 48
WP Labuan – 24

Perlis – 1