Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan menurun sedikit sahaja, Selangor masih paras 5,500 kes

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sebanyak 11,985 jangkitan baharu Covid-19 dicatat hari ini, menurun sedikit berbanding 12,366 semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook angka jangkitan baharu di Selangor juga tidak banyak berubah dengan 5,550 kes hari ini berbanding 5,524 yang dicatat semalam.

Berikut pecahan kes mengikut negeri/wilayah yang lain:

Kuala Lumpur – 1,174
Kedah – 800
Negeri Sembilan – 745
Johor – 644
Pahang – 603
Sabah – 474
Melaka – 453
Kelantan – 386
Pulau Pinang – 362
Perak – 274
Sarawak – 261
Terengganu – 171
Putrajaya – 51
Labuan – 35
Perlis – 2