Categories
AGENDA NASIONAL

Warga emas antara 12 korban Covid-19 di Selangor tiada berpenyakit

SHAH ALAM, 10 JULAI: Warga emas berusia 83 tahun antara 12 individu di Selangor yang maut akibat Covid-19 dipercayai tiada sejarah penyakit.

Menurut data ketua pengarah kesihatan hari ini, mangsa tertua itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan 11 mangsa lain membabitkan lima perempuan dan enam lelaki.

Bagaimanapun, daripada keseluruhan 50 kes kematian di negeri ini, majoriti mempunyai penyakit tertentu antaranya kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,983.

Sementara itu, lima kluster baharu dikesan di Selangor dengan kesemuanya membabitkan tempat kerja.

Kluster tersebut meliputi:

1. Kluster Jalan Dua Salak Tinggi – kluster di Sepang, Klang dan Kuala Selangor (23 kes)

2. Kluster Industri Perigi Lapan – kluster di Klang (15 kes)

3. Kluster Industri Jalan Perajurit Satu – kluster di Klang (17 kes)

4. Kluster Industri Jalan Perajurit Dua – kluster di Klang (19 kes)

5. Kluster Industri Taman Ehsan – kluster di Gombak (12 kes)