SHAH ALAM, 19 SEPT: Jangkitan Covid-19 seluruh negara terus menurun kepada 14,954 kes hari ini berbanding 15,549 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kembali ke paras 2,000 iaitu 2,028 kes.
Semalam, negeri ini merekodkan 1,995 kes, angka yang hampir sama dicatatkan pada 13 Jun lalu iaitu 1,973 kes.
Lima negeri merekodkan jangkitan empat angka iaitu Sarawak dengan 2,707 kes diikuti Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), dan Pulau Pinang (1,239).
Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:
Pahang – 705
Terengganu – 671
WPKL – 383
Melaka – 207
Negeri Sembilan – 144
Perlis – 76
WP Putrajaya – 19
WP Labuan – 0