Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan naik semula ke paras 20,000, Selangor kekal lebih 3,000 kes

SHAH ALAM, 5 SEPT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara melonjak semula hari ini kepada 20,396 kes berbanding 19,057 kes semalam.

Angka yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kekal dengan paras semalam apabila mencatat 3,886 kes.

Jangkitan di Sarawak meningkat mendadak kepada 3,747 kes berbanding 2,723 semalam, sementara Johor pula masih tinggi dengan 2,165 kes berbanding 2,077 kes sehari sebelumnya.

Kes di Sabah turun sedikit kepada 2,136 hari ini berbanding 2,279 kes semalam.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pulau Pinang – 1,961
Kedah – 1,587
Kelantan – 1,078
Perak – 1,057

Terengganu – 861

KL – 597
Pahang – 486
Melaka – 459

Negeri Sembilan – 269

Perlis – 78
WP Putrajaya – 25
WP Labuan – 4