Categories
AGENDA NASIONAL

Hanya 1.9 peratus kes baharu Covid-19 kategori tiga, empat dan lima

SHAH ALAM, 21 OKT: Hanya 1.9 peratus atau 116 kes daripada 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, maklum ketua pengarah kesihatan.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 6,094 kes atau 98.1 peratus terdiri pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Sebanyak 6,168 adalah kes tempatan membabitkan 5,860 warganegara manakala 308 bukan warganegara manakala 42 kes import membabitkan 19 warganegara dan 23 bukan warganegara,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya sebanyak 7,562 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes pulih daripada wabak itu kini 2,303,583.

Beliau turut memaklumkan 677 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 319 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak enam kluster baharu direkodkan membabitkan tiga jangkitan komuniti, dua tempat kerja manakala satu kumpulan berisiko tinggi.