Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan Covid-19 terus turun, catat 5,434 kes

SHAH ALAM, 18 OKT: Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan kepada 5,434 kes hari ini berbanding 6,145 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook menunjukkan jumlah keseluruhan wabak kini mencecah 2,396,121 kes.

Malaysia merekodkan jangkitan harian sebanyak 6,145 kes semalam manakala pada paras 7,000 dua hari sebelumnya.