Categories
AGENDA NASIONAL

Angka jangkitan harian Covid-19 rekod 4,343 kes

SHAH ALAM, 7 NOV: Jangkitan harian Covid-19 terus merekodkan penurunan hari ini dengan 4,343 kes dicatatkan berbanding 4,701 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,506,309.