Tuju puncak
Aktiviti mendaki kembali meriah susulan kelonggaran sekatan dalam Pelan Pemulihan Negara. Banyak puncak di Selangor menjadi tumpuan penggemar sukan lasak itu.
Seperti lazim aktiviti ini memerlukan kebenaran pihak berkuasa memandang kebanyakan kawasan pendakian dalam hutan simpanan kekal.
Permit boleh dimohon daripada pegawai hutan daerah dengan bayaran RM5 setiap individu. Layari forestry.selangor.gov.my untuk mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Hutan Daerah. Wartawan NADIAH ZAMLUS menyenaraikan lokasi popular aktiviti mendaki di Selangor.
Gunung Semangkuk
Hulu Selangor
ketinggian 1,824 meter
tertinggi di Selangor
terletak di sempadan Selangor dan Pahang
kes pendaki sesat kali terakhir dilaporkan pada 27 Disember 2015
Gunung Nuang
Hulu Langat
ketinggian 1,493 meter
ada tapak perkhemahan Kem Pacat dan Kem Lolo
perjalanan ke puncak ambil masa sekitar lima hingga lapan jam
terdapat air terjun di kaki gunung
pada 13 Januari 2018, seorang lelaki dipercayai maut tertimbus tanah ketika mendaki
Gunung Ulu Semangkuk
Hulu Selangor
ketinggian 1,394 meter
berdekatan dengan pusat peranginan Bukit Fraser
pendaki terlebih dahulu akan melalui puncak Gunung Gap yang berketinggian 1,183 meter
boleh melihat keindahan matahari terbit seawal jam 4 pagi
Gunung Hitam
Hulu Langat
ketinggian 1,220 meter
terdapat laluan hutan buluh
miliki Air Terjun Sungai Leweng
terletak berdekatan ialah restoran terapung ikan bakar

Bukit Kutu
Hulu Selangor
ketinggian 1,053 meter
terletak berdekatan ialah Air Terjun Lata Medang
terdapat Gua Batu Tedung, batu di bahagian luar gua berbentuk seakan kepala ular yang sedang mengembang
pemandangan Banjaran Titiwangsa
boleh melihat Empangan Sungai Selangor dan pekan Kuala Kubu Bharu
Bukit Chenuang
Hulu Langat
ketinggian 850 meter
boleh diakses dari Hutan Lipur Sungai Congkak
mempunyai tanda arah jelas
terdapat anak sungai sepanjang perjalanan
Bukit Batu Kumbang
Hulu Langat
ketinggian 675 meter
terletak di Hutan Simpan Hulu Langat
boleh didaki dari Sungai Congkak, Hulu Langat
berdekatan Air Terjun Batu Hampar
mempunyai air terjun yang dinamakan Air Terjun Maya Karin dan Air Terjun Neelofa

Bukit Broga
Hulu Langat
ketinggian 400 meter
pada 2017 Kerajaan Selangor mewartakan sebagai kawasan rekreasi
laluan pendakian yang landai menjadi tarikan utama
juga lokasi popular pengantin bergambar
Bukit Saga
Hulu Langat
ketinggian 420 meter
terletak di Taman Saga, Ampang
lokasi popular bagi pendaki baharu
boleh mendaki ke Air Terjun Bukit Saga
Denai Tiga Puteri
Petaling
ketinggian kira-kira 300 meter
terletak di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara
menyajikan pemandangan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Kota Damansara
terdapat tiga denai utama sebelum sampai ke puncak iaitu Denai Temuan, Sahabat dan Unity
Bukit Botak
Petaling
ketinggian kira-kira 214 meter
akan melalui puncak Bukit Cherakah sebelum sampai ke lokasi ini
laluan di bawah pencawang elektrik menjadi lokasi utama orang ramai bergambar
kawasan bukit dipenuhi tanah merah dan berbatu
Bukit Sapu Tangan
Petaling
ketinggian 200 meter
dalam kawasan Taman Botani Shah Alam
laluan berturap dengan tar
terdapat menara tinjau di kawasan puncak
berdekatan dengannya adalah Tasik Cermin Shah Alam
Bukit Gasing
Petaling
ketinggian bukit ini sekitar 160 meter
mempunyai trek berpusing membawa ke tempat sama
menyajikan panorama indah Kuala Lumpur
setiap laluan membawa ke jambatan gantung, menara pengawal dan kuil Hindu
Bukit Tabur
Gombak
ketinggian 396 meter
nama lain bagi Bukit Tabur adalah Klang Gates Quartz Ridge
pemandangan indah Empangan Hulu Kelang di bahagian utara dan bandaraya Kuala Lumpur di bahagian selatan.
boleh melihat mineral kuarza yang cantik di kawasan itu
Bukit Sungai Long
Hulu Langat
ketinggian kira-kira 200 meter
sebahagian laluan adalah jalan raya
juga boleh berbasikal di sini
terdapat tarikan batu berbentuk harimau dipanggil ‘Lion King Rock’
menjadi tempat pengunjung melihat matahari terbenam
Bukit Jugra
Kuala Langat
ketinggian 120 meter
pemandangan puncak mengagumkan
boleh melihat rumah api dan pertemuan air Sungai Langat dengan Selat Melaka
Taman Rimba Templer
Gombak
merupakan kawasan hutan simpan seluas 1,214 hektar
perlu mendaki selama sejam untuk ke puncak
boleh bermalam di Templer Park Country Club
Air Terjun Kanching
Gombak
setinggi 208 meter
terletak dalam Taman Eko Rimba Kanching
terdapat tujuh strata air terjun (lata atau jeram)
laluan bertangga dan bersimen
Air Terjun Sungai Pisang
Gombak
perlu menyeberang sungai dan meredah hutan berusia 100 tahun untuk sampai ke air terjun
pendaki akan melalui terowong Sungai Pisang yang terletak di bawah Lebuhraya Karak
terowong ini popular sebagai lokasi bergambar
Titian Kanopi
FRIM Kepong, Gombak
terdapat enam denai iaitu keruing, trek rover, denai engkabang, denai sebasah, denai Salleh dan laluan berjalan kaki Razak
terdapat kawasan perkelahan air terjun
Air Terjun Sungai Chiling
Hulu Selangor
perlu merentasi lima anak sungai untuk ke puncak air terjun
perlu melepasi titi gantung untuk melihat panorama air terjun bertingkat
mempunyai tiga paras air terjun tetapi hanya dibenarkan ke paras pertama manakala dua paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam
Air Terjun Lata Medang
Hulu Selangor
terletak dalam perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Pertak
perlu mendaki untuk ke kawasan air terjun
terdapat tempat untuk berkhemah