Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

DUN Banting sedia bantuan susu, lampin kepada penduduk B40

SHAH ALAM, 9 NOV: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting mempelawa penduduk terjejas untuk memohon bantuan susu dan lampin pakai buang bayi atau dewasa.

Wakil rakyatnya Lau Weng San berkata pihaknya bekerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Banting menyediakan bantuan itu dengan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan pandemik Covid-19.

“Sumbangan ini diharap meringankan beban penerima di samping memastikan golongan tersebut mendapat khasiat sebaiknya,” katanya kepada SelangorKini.

Mereka yang ingin memohon boleh mengisi borang dalam talian menerusi pautan https://forms.gle/N8uGF4sZoe8XFuof7 atau hubungi 012-873 4724 / 012-692 4724 atau layari Facebook Lau Weng San.

Dokumen yang diperlukan semasa penyerahan ialah Salinan Kad Pengenalan dan Salinan MyKid (jika ada).

Hanya permohonan yang diluluskan akan menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk makluman penyerahan bantuan tersebut.