Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 catat 4,239 kes

SHAH ALAM, 28 NOV: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini mencatat penurunan kepada 4,239 berbanding 5,097 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,623,816 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my