Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 catat 4,879 kes

SHAH ALAM, 30 NOV: Angka jangkitan baharu Covid-19 dalam negara meningkat sedikit namun masih pada paras bawah 5,000 iaitu 4,879 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu kini mencecah 2,632,782 kes.

Menerusi Facebook, Dr Noor Hisham berkata maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam.