Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 kembali lepasi paras 5,000

SHAH ALAM, 23 NOV: Jumlah kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini meningkat kepada 5,594 berbanding 4,885 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaparkan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,597,080 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my