Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 lepasi paras 6,000 kes

SHAH ALAM, 10 NOV: Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dengan 6,243 kes dicatatkan hari ini berbanding 5,403 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,522,498.