Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 5,809 kes

SHAH ALAM, 13 NOV: Kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menurun kepada 5,809 berbanding 6,517 semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Maklumat dikongsi kementerian memaklumkan angka dicatat itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,541,147 kes.

KKM akan memuat naik perkembangan terperinci mengenai kes menerusi laman CovidNow : https://covidnow.moh.gov.my