Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 naik sedikit, kekal paras 6,000

SHAH ALAM, 18 NOV: Jumlah jangkitan baharu Covid019 dicatatkan di seluruh negara hari ini adalah sebanyak 6,380, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka tersebut merekodkan sedikit peningkatan berbanding semalam 6,288 kes.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan pertambahan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 2,569,533.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my