Categories
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB tinjau lokasi terkesan banjir di Ampang Jaya

SHAH ALAM, 27 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai KDEB Waste Management (KDEBWM) meninjau lokasi kejadian banjir di Ampang Jaya di sini hari ini.

Agensi berkata pihaknya menggerakkan pasukan operasi bagi membantu Majlis Perbandaran Ampang Jaya melakukan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas teruk.

“Lebih 70 kru operasi pembersihan siap siaga melakukan kerja mengutip sampah pukal dan membersih barangan seperti perabot penduduk yang terjejas ekoran banjir,” katanya di Facebook.

KDEBWM memaklumkan turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir.

Baru-baru ini, beberapa kawasan sekitar daerah Ampang, Hulu Langat dan Gombak mengalami banjir kilat selepas hujan lebat hampir tiga jam di Lembah Klang.

Di Ampang antara kawasan terlibat Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan.

Susulan kejadian, Kerajaan Selangor menggerakkan beberapa agensi antaranya pihak berkuasa tempatan, KDEBWM bersama pusat khidmat dan penyelaras DUN memberi bantuan kecemasan serta membantu proses perpindahan.