Categories
AGENSI SELANGOR

Pertandingan video pendek #SelangorKampungku tawar hadiah lebih RM7,000

SHAH ALAM, 22 MEI: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Selangor menganjurkan pertandingan video pendek bertemakan #SelangorKampungku bermula 10 Oktober hingga 30 Disember nanti.

Facebook KitakanSekampung menjelaskan peserta dikehendaki menghasilkan video tidak lebih tiga minit berkenaan kampung masing-masing dan perlu dimuat naik di Facebook dengan tanda pagar SelangorKampungKu, KitaKanSekampung dan Kita Selangor.

Pertandingan secara terbuka dan percuma itu menawarkan wang tunai RM7,200 untuk pemenang di tempat pertama hingga kelima, masing-masing bakal membawa pulang antara RM500 hingga RM3,000.

Jelasnya setiap karya dinilai mengikut keaslian, kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik penganjur.

Pemenang dinilai berdasarkan kongsi dan paparan terbanyak (15 peratus) dan juri profesional (85 peratus) yang disahkan oleh EXCO sebelum diumumkan.

Syarat lain meliputi:

1. Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon
2. Kos penyediaan video ditanggung sepenuhnya oleh peserta
3. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV & MP4
4. Akaun Facebook dan Instagram peserta wajib berada dalam mod ‘Public’
5. Disampaikan dalam konsep nyanyian, lakonan, sketsa, komedi, dokumentari atau kreativiti masing-masing