Categories
AGENDA NASIONAL

97.6 peratus penduduk dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Sebanyak 22,846,708 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,040 atau 90.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sejumlah 153,228 dos vaksin telah diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,112,114 dengan 5,727,151 daripadanya adalah dos penggalak.

– BERNAMA