Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Air makin naik, lapan pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa banjir sekitar Kuala Selangor setakat jam 10.35 pagi ini.

Dato Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bersama semua agensi lain giat menjalankan proses perpindahan penduduk.

“Kawasan Kuala Selangor menunjukkan pola peningkatan air setakat ini, lapan pusat perpindahan dibuka,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya ZulkifliĀ  melalui Twitter berkata bilangan mangsa di daerah itu yang telah dipindahkan mencecah 2,000 org setakat jam 11.35 pagi.

Beliau menjelaskan Kampung Tanjung Siam dan Kampung Asahan serta sebahagian Kampung Bukit Kuching turut banjir dan pemindahan mangsa sedang giat dijalankan.

Juwairiya juga meminta mangsa banjir menghubungi Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk sebarang bantuanĀ melalui talian 03-3289 7632.