Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 catat 4,896 kes

SHAH ALAM, 4 DIS: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini dilaporkan pada paras bawah 5,000 iaitu 4,896 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook memaparkan angka yang menurun berbanding 5,551 semalam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,654,474 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my