Categories
ADN SELANGOR

Warga Puchong boleh ambil dos penggalak di Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk

SHAH ALAM, 1 DIS: Penduduk sekitar Puchong dan Kinrara kini boleh mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Jalan Belatuk, Puchong Jaya bermula hari ini.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata penyediaan pusat pemberian vaksin (PPV) adalah komitmen untuk penduduk setempat yang inginkan dos penggalak.

“Kali ini, program suntikan Booster Vaksin Covid-19 (pfizer) diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk, Puchong Jaya bermula hari ini hingga 25 Januari 2022,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh menghubungi Rachel di talian 019-6636296 untuk membuat janji temu.

PPB Dewan Serbaguna MBSJ Jalan Belatuk, Puchong Jaya dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.