Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Empat PPV integrasi dibuka, pergiat suntikan dos penggalak

SHAH ALAM, 14 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka empat pusat pengambilan vaksin (PPV) integrasi di sekitar Lembah Klang mulai esok.

Lokasi itu meliputi PPV World Trade Centre Kuala Lumpur, Axiata Arena Bukit Jalil, Ideal Convention Centre Shah Alam dan Soka Gakkai di Klang.

Infografik dikongsi KKM di Facebok rasminya menunjukkan pusat vaksin berkenaan dibuka mulai jam 9 pagi bagi orang ramai mendapatkan dos penggalak.

“Sila patuhi tatacara operasi piawai ditetapkan ketika berada di PPV dan jika terima janji temu, sila hadir untuk mendapatkan suntikan dos penggalak,” kata kementerian itu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata pembukaan PPV integrasi itu untuk mempergiat pemberian dos penggalak terutama kepada warga emas.

Maklumat lanjut termasuk waktu operasi PPV berkenaan seperti berikut: