Categories
AGENDA NASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 9 malam ini

SHAH ALAM, 28 JAN: Lima daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hari ini sehingga jam 9 malam.

Daerah tersebut ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Seremban) turut diramal berdepan cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

MetMalaysia meramal beberapa negeri di pantai barat Semenanjung termasuk Selangor mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam mulai hari ini.

Negeri lain ialah Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka sehingga 3 Februari.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.