SHAH ALAM, 5 FEB: Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Selangor dan beberapa negeri lain sehingga jam 9 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan ramalan itu melibatkan lapan daerah di negeri itu iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Keadaan sama turut dijangka di Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dam Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli dan Gua Musang, Pahang Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song) serta Limbang.
Keadaan sama melibatkan Sabah iaitu Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.