Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat enam daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan daerah negeri ini yang diramal berdepan cuaca tersebut ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Selain Selangor, amaran cuaca berkenaan turut berlaku di Perlis, Kedah meliputi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim).

Di Kelantan pula melibatkan Jeli dan Gua Musang manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highland, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera).

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Kapit (Song).

Keadaan sama melibatkan Sabah iaitu Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.