Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat lima daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 6 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan lima daerah negeri ini diramal berdepan cuaca tersebut ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Selain Selangor, amaran cuaca turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan, Melaka serta Kedah melibatkan Langkawi dan Kuala Muda.

Di Pulau Pinang pula membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama diramal di Pahang meliputi Bera, Pekan dan Rompin) selain Johor (Tangkak), Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang (Lawas).

Sementara di Sabah iaitu Pedalaman (Sipiitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.