Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 makin merebak tapi kategori serius masih rendah

SHAH ALAM, 12 FEB: Jangkitan Covid-19 melonjak hampir 2,000 kes lagi hari ini kepada 22,802 tetapi jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata 99.54 peratus atau 22,698 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada jumlah yang direkodkan hari ini, sebanyak 104 kes atau 0.46 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” katanya di Twitter.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

– Kategori 1 : 5,029 kes (22.05 peratus),

– Kategori 2 : 17,669 kes (77.49 peratus),

– Kategori 3 : 82 kes (0.36 peratus),

– Kategori 4 : 14 kes (0.06 peratus), dan

– Kategori 5 : 8 kes (0.04 peratus).

Jumlah jangkitan mencecah lima angka bermula 6 Februari lalu dengan 10,089 kes.

Semalam, jumlah harian pesakit Covid-19 melepasi paras 20,000 buat kali pertama dengan 20,939 kes.

Jumlah terkumpul jangkitan adalah 3,019,163 kes sejak dua tahun lalu.