Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 kmĀ utara Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA