Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan Covid-19 melepasi paras 20,000 kepada 20,939 kes hari ini

SHAH ALAM, 11 FEB: Kadar jangkitan Covid-19 melepasi paras 20,000 hari ini, dengan pertambahan hampir 2,000 kes lagi kepada 20,939 pesakit berbanding 19,090 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 99.44 peratus atau 20,821 orang yang dijangkiti adalah dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 118 kes atau 0.56 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif setakat ini kepada 2,996,361 kes,” katanya di Twitter.

Seperti sebelum ini, majoriti pesakit berada dalam kategori 2 dan pecahannya adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 5,181 kes (24.74 peratus)
Kategori 2 : 15,640 kes (74.7 peratus)
Kategori 3 : 95 kes (0.45 peratus)
Kategori 4 : 13 kes (0.06 peratus)
Kategori 5 : 10 kes (0.05 peratus)

Pada 26 Ogos 2021, Malaysia pernah mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 24,599 kes.