Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan Covid-19 merebak pantas, 11,034 kes direkod hari ini

SHAH ALAM, 7 FEB: Virus Covid-19 terus merebak pantas dengan merekodkan lonjakan ketara sejak pertengahan minggu lepas sehingga 11,034 kes hari ini, jumlah tertinggi tahun ini .

Sebanyak 10,089 kes direkodkan semalam berbanding 9,117 pada Sabtu, 7,234 kes (Jumaat) dan 5,720 (Khamis).

Menurut angka di portal Covidnow, setakat semalam, Selangor berada di tangga keenam dari segi jumlah kes bagi kategori 10,000 penduduk dengan jumlah 33 kes.

Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan berada di bahagian tiga teratas dengan masing-masing 63, 41 dan 36 kes dalam kategori tersebut.

Berbanding negeri lain, data bagi negeri Selangor mengikut kategori seperti berikut:

– kedudukan ketujuh dengan 65.7 peratus kemasukan ke hospital berbanding jumlah katil

– kedudukan ke-12 dengan 23.0 peratus penggunaan alat bantuan pernafasan (ABP)

– kedudukan kelima dengan 62.1 peratus kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU)

– kedudukan kesembilan dengan 21 orang dalam kategori jumlah kematian bagi 10 juta penduduk

Sumber CovidNow