Categories
AGENDA NASIONAL

Pelajari selok-belok politik, sertai perantis Anwar Ibrahim mulai 15 Februari

SHAH ALAM, 3 FEB: Individu yang meminati dasar awam dan politik, daya kepimpinan, intelek serta etika tinggi dipelawa menyertai program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim.

Usaha bagi membentuk keperibadian inklusif, kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi cemerlang boleh dimohon mulai 15 Februari hingga 15 April, kata pengarah programnya.

“Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim direka khas untuk pemimpin masa depan yang tekad menzahirkan keadilan sosial, tatakelola baik dan kesuburan demokrasi,” kata Yusmadi Yusoff di Facebook.

Beliau berkata perantis berpeluang mengikuti sidang sepanjang tempoh Mesyuarat Dewan Rakyat selain terbabit dalam kerja legislatif pra dan pascasidang.

Katanya, program merangkumi tiga sesi pengambilan setahun turut menawarkan kursus, libat urus bersama pemegang taruh dan program lapangan berhubung politik serta dasar awam.

Individu berminat boleh menghantar permohonan melalui emel [email protected].