Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor, sepuluh negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 20 FEB: Seluruh daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysa (MetMalaysia) memaklumkan, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut mengalami keadaan cuaca sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.

Selain itu beberapa kawasan di Kelantan, Melaka, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Labuan turut dijangka berdepan fenomena yang sama.