Categories
AGENDA NASIONAL

Seluruh Selangor, enam negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 14 FEB: Seluruh Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.

Selain itu beberapa kawasan di Kedah, Pulau, Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak turut dijangka berdepan fenomena yang sama.