Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Wakil rakyat anjur bazar percuma untuk mangsa bah, Ahad ini

SHAH ALAM, 11 FEB: Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning akan menganjurkan bazar percuma buat mangsa banjir, Ahad ini.

Wakil rakyat, V Ganabatirau berkata program yang dianjur secara bersama Lovejoy Association of Malaysia itu akan diadakan di Dewan Kamunting, Seksyen 25 di sini jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Semua boleh memilih pelbagai jenis barangan yang sesuai dengan keperluan individu, keluarga secara percuma.

“Antara barangan yang tersedia adalah pakaian perempuan, lelaki, kanak-kanak, kasut, beg, permainan kanak-kanak, buku, peralatan elektrik dan barangan kelengkapan rumah,” katanya di Facebook.

Beliau yang juga EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi meminta mereka yang hadir memakai pelitup muka dan membawa beg untuk mengisi barangan yang akan dipilih.