Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 MAC: Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di kebanyakan negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan keadaan cuaca itu diramal berlaku di hampir semua daerah di negeri ini.

Situasi sama juga dijangka meliputi hampir semua kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Raub dan Bentong), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)

Kawasan di Sarawak pula di Serian, Samarahan dan Limbang selain Sabah (Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.