Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 31,490 kes

SHAH ALAM, 9 MAC: Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 31,490 kes semalam selepas berada pada paras 26,856 kelmarin, kata ketua pengarah kesihatan.

Namun, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan 31,315 kes atau 99.44 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

“Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 175 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 31,017 kes membabitkan penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 12,692 kes (40.30 peratus)
  • Kategori 2: 18,623 kes (59.14 peratus)
  • Kategori 3: 62 kes (0.20 peratus)
  • Kategori 4: 52 kes (0.17 peratus)
  • Kategori 5: 61 kes (0.19 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,680,953 kes.